SHAH ALAM, 26 FEBRUARI 2020  – Selamat datang ke Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor kepada Muhammad Syafiq bin Rozaidi, Pelajar Latihan Industri dari UiTM Kampus Shah Alam, Selangor.  Pelajar ini telah melapor diri kepada Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah JBS Negeri Selangor pada 24 Februari 2020 (Isnin) bertempat di Bilik Pengarah.  Pelajar ini ditempatkan di Bahagian Pentadbiran, JBS Negeri Selangor dan akan didedahkan dengan alam pekerjaan yang sebenar.  Dalam sesi lapor diri tersebut Tuan Pengarah telah mengambil peluang untuk berkenalan dan memberi sedikit taklimat berhubung tatacara kerja di Jabatan.  Selamat menjalani Latihan Industri dan tahniah diucapkan.

Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran

PELAJAR LATIHAN INDUSTRI LAPOR DIRI