Morning Prayer LI 1

SHAH ALAM, 14 MAC 2019
– Bahagian Pembangunan Belia telah mengadakan “morning prayer” dan dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mu’azamir bin Jili, Timbalan Pengarah Belia. Sesi ini diadakan bagi mengalu-aukan kehadiran tiga (3) orang pelatih praktikal dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam yang telah ditempatkan di Bahagian Pembangunan Belia. Pelajar-pelajar ini akan menjalani latihan praktikal bermula pada 11 Mac 2019 sehingga 31 Mei 2019. Penempatan mereka telah diagihkan mengikut Unit di Bahagian ini iaitu Encik Muhammad Khairulamirin bin Mohd Fadhil (Unit Pembangunan Sosial), Cik Nurul Athirah binti Amir Tajuddin (Unit Kepimpinan Sahsiah dan Kemahiran) dan Cik Nurul Atiqah binti Ismail (Unit Pembangunan Ekonomi). Diharapkan agar pelajar-pelajar ini dapat menimba ilmu dan pengalaman sepanjang mereka menjalani latihan praktikal di Jabatan ini.

Disediakan oleh : Norsuzila Ernie binti Zinudin, Bahagian Pembangunan Belia