KLANG, 16 MAC 2020 – Mesyuarat Penyerahan Tapak Projek bersama konsultan dan kontraktor bagi Projek Naik Taraf Kompleks Rakan Muda Klang pada 11 Mac 2020 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Rakan Muda Klang. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor Encik Sabran bin Abd Bahar. Dimaklumkan bahawa projek naik taraf Kompleks Rakan Muda Klang dijangka siap pada bulan Mac 2021.

Turut hadir mesyuarat Timbalan Pengarah (Sukan) Puan Norazreen binti Sulaiman serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang Encik Azrul Hafiz bin Mohamad.

Disediakan oleh: Mohd Safree bin Maarof, PBSD Klang

MESYUARAT PENYERAHAN TAPAK PROJEK NAIK TARAF KOMPLEKS