KUSEL 1.3

KUALA SELANGOR, 3 FEBRUARI 2020
– Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor yang diwakili oleh Pegawai Belia dan Sukan, Cik Look Xin Dey telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program Karnival Kerjaya Peringkat Daerah Kuala Selangor bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pusat Khidmat rakyat DUN Bukit Melawati dan telah dipengerusikan oleh YB Puan Juwairiyah Binti Zulkifli , Adun Bukit Melawati. Program Karnival Kerjaya ini bakal berlangsung pada 8 Mac 2020 bertempat di stadium tertutup Kuala Selangor dan akan membuka peluang pekerjaan kepada para belia di sekitar Daerah Kuala Selangor khususnya.

Disediakan oleh : Muhammad Faiz bin Amir, PBSD Kuala Selangor