PETALING JAYA, 21 FEBRUARI 2020 - Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Selangor telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) Peringkat Negeri Selangor pada 20 Februari 2020 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Bangunan Persekutuan. Encik Sazali bin Abdul Samad, Pegawai Rakan Muda, Bahagian Pembangunan Rakan Muda hadir untuk mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi itu telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan program sempena Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) Peringkat Negeri Selangor pada 2 April 2020 (Khamis) yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh : Nurul Nadia binti Sallehuddin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

IMG 20200220 WA0007