SUNGAI BESAR, 5 FEBRUARI 2020 – Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam bil 1/2020 bagi tahun 2020. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Madekhah binti Mohamad Zam, Pegawai Belia dan Sukan daerah Sabak Bernam. Mesyuarat terdiri daripada kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bermam iaitu Puan Rozanah binti Adnan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam, Encik Halim bin Md Isa, Pembantu Belia dan Sukan daerah Sabak Bernam serta Puan Haslah binti Hayni, pembantu Perkeranian dan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam. Initipati mesyuarat ini adalah lebih kepada teguran amanat serta perkongsian maklumat malalui mesyuarat pengurusan tertinggi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor yang berlangsung pada 28 Januari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. 

Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam