KLANG, 16 MAC 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2020 pada 3 Mac 2020 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Kompleks Rakan Muda Klang, Selangor. Mesyuarat ini dilaksanakan bagi membincangkan pelaksanaan program serta menyelesaikan beberapa perkara berbangkit berkaitan program, pentadbiran, pengurusan aset dan sebagainya.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, Encik Azrul Hafiz bin Mohamad, keperluan mengadakan mesyuarat ini adalah penting kerana ia dapat digunakan untuk menyelaraskan pelbagai perkara dan perspektif merangkumi pentadbiran, pengurusan, sumber manusia dan kebajikan.

Disediakan oleh: Mohd Safree bin Maarof, PBSD Klang

MESYUARAT PENGURUSAN PBSD KLANG BIL. 220