SHAH ALAM, 17 MAC 2020 – Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor Bil. 1/2020 pada 13 Mac 2020 (Jumaat) yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Selangor.  Mesyuarat yang bermula jam 9.45 pagi tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah JBS Selangor dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian dan semua pegawai dan kakitangan di Ibu Pejabat JBS Negeri Selangor.  Mesyuarat menjurus kepada perbincangan berkenaan hal ehwal pengurusan pentadbiran seperti displin kerja, integriti, bekerja dalam kumpulan dan pelaksanaan program bagi Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda di Jabatan.

Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran

MESYUARAT PENGURUSAN IBU PEJABAT