Exco Panel APBN 2

SHAH ALAM, 13 MAC 2019
– Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Keputusan Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Selangor. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan keputusan APBN Peringkat Negeri Selangor bagi Kategori Pertubuhan Belia dan Kategori Individu (Lelaki dan Wanita). Bagi Kategori Pertubuhan Belia, Johan akan menerima wang tunai berjumlah RM10,000.00 beserta piala iringan dan sijil penghargaan, manakala Naib Johan pula akan menerima wang tunai berjumlah RM5,000.00 beserta piala iringan dan sijil penghargaan. Bagi Kategori Individu (Lelaki dan Wanita), Johan bagi setiap kategori akan menerima wang tunai berjumlah RM3,000.00 beserta piala iringan dan sijil penghargaan, manakala Naib Johan pula akan menerima wang tunai berjumlah RM1,500.00 beserta sijil penghargaan.

Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Panel-Panel Penilai APBN Peringkat Negeri Selangor di mana bagi Kategori Pertubuhan Belia, Ketua Panel ialah Puan Nor Azleen binti Yusop (Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia) dan panel-panelnya ialah Encik Mohammad Amirul Adzhar (Majlis Sukan Negeri Selangor) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz (Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor). Manakala bagi Kategori Individu (Lelaki dan Wanita) pula, Ketua Panel ialah Dr. Mohd Mursyid bin Arshad (Fakulti Pengajian Pendidikan, Universit Putra Malaysia) dan panle-panelnya ialah Encik Mohammad Amirul Adzhar (Majlis Sukan Negeri Selangor) dan Encik Hafez bin Shuriddin (Presiden Majlis Belia Selangor). Mesyuarat ini telah mencapai kata putus berhubung pemenang-pemenang APBN mengikut kategori yang telah dipertandingkan dan keputusannya akan diumumkan pada Majlis Penyampaian APBN yang akan diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor.

Disediakan oleh: Norsuzila Ernie binti Zinudin, Bahagian Pembangunan Belia