BANTING, 7 APRIL 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat merupakan rakan agensi dalam sama-sama membangunkan program sukan di kalangan belia terutama kawasan setempat. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat Penaja Penubuhan Kelab Petanque Daerah Kuala Langat yang diadakan pada 7 April 2021(Rabu) bertempat di Bilik Persidangan Kolej Komuniti Kuala Langat, Banting. Mesyuarat tersebut turut dihadiri beberapa agensi kerajaan yang lain sekitar daerah Kuala Langat seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat, Kolej Komuniti Kuala Langat, Majlis Sukan Daerah Kuala Langat serta Politeknik Banting.

Encik Azlan bin Sap, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah bagi mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat hadir pada mesyuarat tersebut. Mereka turut mendapatkan nasihat serta pandangan dalam penubuhan persatuan itu daripada pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat.

Disediakan oleh: Nur Hidayah binti Mohd Yusoff, PBSD Kuala Langat