SEPANG, 16 MAC 2020 – Majlis Perbandaran Sepang telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Selamat, Local Agenda 21 & Pembangunan Mampan Bil. 1/2020 pada 11 Mac yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Semarak, Majlis Perbandaran Sepang. Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 petang ini dipengerusikan oleh Encik Mohd Adham bin Haji Mahmood, Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Bandar, Majis Perbandaran Sepang.

Mesyuarat membincangkan mengenai permasalahan dan penyelesaian bagi setiap masalah yang terdapat di dalam daerah Sepang. Pengerusi juga menyarankan agar masyarakat peka dengan wabak Covid-19 dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah virus itu merebak di kawasan Sepang. Beliau juga menyarankan agar setiap program yang akan dihadiri oleh orang ramai dapat ditangguhkan sehingga kes penularan wabak ini selesai bagi mengelakkan lebih ramai pesakit.

Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang

MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT LOCAL AGENDA 21 PEMBANGUNAN MAMPAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BIL. 0