HULU LANGAT, 5 APRIL 2021 ­- Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Suhailah binti Mohd Sa’at telah menghadiri Mesyuarat Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) Peringkat Daerah Hulu Langat yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat di sini.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, Pegawai Daerah Hulu Langat ini telah membincangkan penyelarasan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi Daerah Hulu Langat.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat