KLANG, 16 MAC 2020 – Mesyuarat bersama konsultan dan kontraktor bagi Projek Naik Taraf Kompleks Rakan Muda Klang yang dijangka bermula pada tarikh 12 Mac 2020. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor Encik Sabran bin Abd Bahar pada 4 Mac 2020 yang lalu. Dalam mesyuarat tersebut pihak konsultan dan kontraktor diminta membentangkan perancangan naik taraf yang akan dijalankan nanti. Dimaklumkan Projek naik taraf Kompleks Rakan Muda Klang dijangka siap pada bulan Mac 2021.

Turut hadir mesyuarat Timbalan Pengarah (Sukan) Puan Norazreen binti Sulaiman serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang Encik Azrul Hafiz bin Mohamad.

Disediakan oleh: Mohd Safree bin Maarof, PBSD Klang

MESYUARAT BERSAMA KONSULTAN DAN KONTRAKTOR PROJEK NAIK TARAF KOMPLEKS RAKAN MUDA KLANGjpg