BANGI, 26 FEBRUARI 2020 - Encik Sazali bin Abdul Samad, Pegawai Rakan Muda, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor turut melibatkan anak beliau untuk bersama-sama menyertai Klinik Pembangunan Sukan Teqball Peringkat Negeri Selangor pada 22 hingga 23 Februari 2020 bertempat di Pusat Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi.

“Walaupun ini adalah permainan baru tetapi ia mudah untuk dipelajari kerana saya mahir dalam bermain bola sepak. Jadi saya boleh mengaplikasikan skills bola sepak ketika bermain Sukan Teqball ini. Peluang dan kesempatan yang diberi telah saya guna sebaiknya. Terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.” ujar Saudara Mohd Shahrul Farizz bin Sazali.

Disediakan oleh : Nurul Nadia binti Sallehuddin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda