PULAU CAREY, 16 MAC 2020 - Majlis perpisahan staf Pejabat Belia dan Sukan Kuala Langat telah diadakan pada 9 Mac 2020 yang lalu bertempat di SAHA Coffee, Banting. Majlis ini melibatkan pertukaran penempatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, Puan Marshamira binti Ahmad yang akan berkhidmat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang berkuatkuasa 16 Mac 2020. Selain itu majlis meraikan juga, perletakan jawatan Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat S22, Encik Shahrulnizam bin Abdul Rashid yang akan bertugas sebagai Penghulu NP29 dibawah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berkuatkuasa 3 April 2020. Sempena majlis ini, Puan Nazeela binti Zulkiflee mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada mereka yang akan bertukar dan berharap mereka akan lebih maju ditempat kerja yang baru nanti.

Disediakan oleh : Marshamira binti Ahmad, PBSD Kuala Langat

MAJLIS PERPISAHAN STAF PEJABAT BELIA DAN SUKAN KUALA LANGAT