KUALA LANGAT, 20 FEBRUARI 2020 – Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat telah berlangsung Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Daerah Kuala Langat Tahap Gangsa dan Perak pada 17 Februari 2020 (Isnin). Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan ke atas pencapaian peserta dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda pada tahun 2019. Seramai 62 penerima pingat Gangsa dan 31 penerima pingat Perak telah ditauliahkan dalam majlis tersebut. Majlis ini disempurnakan oleh Puan Nazeela binti Zulkiflee, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Johan Mohalana, Pengetua SMK Batu Laut dan Yang Berbahagia Datin Hajjah Juwita, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Batu Laut.

Tahniah dan syabas buat semua penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa dan Perak. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat bagi meneruskan usaha untuk mencapai Tahap Emas.

Disediakan oleh : Shahrul Nizam bin Abdul Rashid, PBSD Kuala Langat
Disunting oleh : Marshamira binti Ahmad, PBSD Kuala Langat

MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA R