SHAH ALAM, 17 MAC 2020  –  Terima kasih diucapkan kepada Ahmad Syukri bin Nor Azmi, Pelajar Latihan Industri daripada UiTM, Cawangan Arau, Perlis yang telah menamatkan Latihan Industri pada 13 Mac 2020 (Jumaat) yang lalu.  Satu Majlis Penghargaan dan perpisahan telah diadakan pada tarikh tersebut bagi menghargai sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjalani Latihan Industri di Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor.  Beliau telah menjalani Latihan Industri selamat kira-kira dua bulan di Jabatan ini. Sepanjang menjalani Latihan Industri, pelajar ini telah didedahkan dengan dunia realiti alam pekerjaan sebenar.  Syabas dan tahniah diucapkan dan semoga terus sukses dan berjaya di luar sana.

Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran

MAJLIS PENGHARGAAN DAN PERPISAHAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI