PULAU CAREY, 16 MAC 2020 - Majlis Konvokesyen Politeknik Banting Selangor (PBS) 2020 telah berlangsung pada 9 Mac 2020 bertempat di Amverton Cove Golf & Island Resort. Majlis ini melibatkan penganugerahan Diploma kepada seramai 244 orang graduan dari Jabatan Penyelenggaraan Pesawat dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi semester Disember 2018 dan Jun 2019. Tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor iaitu Yang Berbahagia Dato' Hasan Azhari bin Haji Idris yang juga merupakan ahli jawatankuasa penasihat industri bagi PBS. Turut sama di dalam majlis tersebut ialah Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub iaitu Ketua Pengarah Politeknik Malaysia dan Dr. Hajah Norhayati binti Zakaria selaku Pengarah Politeknik Banting. Dalam majlis tersebut turut disampaikan Anugerah Graduan Cemerlang dan Projek Terbaik. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat , Puan Nazeela binti Zulkiflee turut hadir bagi meraikan para graduan.

Disediakan oleh : Nazeela binti Zulkiflee, PBSD Kuala Langat

Disunting oleh : Marshamira binti Ahmad, PBSD Kuala Langat

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK BANTING SELANGOR PBS 2020