KAJANG, 18 FEBRUARI 2020 ­- Kelab Bola Sepak Junior Bangi telah menganjurkan Liga Bola Sepak Dalaman di Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) di sini.

Pertandingan secara mingguan ini telah menghimpunkan pasukan-pasukan junior handalan dari sekitar Selangor khususnya dari daerah Hulu Langat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fauzi bin Ariffin, Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Turut hadir memeriahkan majlis perasmian berkenaan adalah Encik Sabran bin Abd. Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) dan Encik Muhammad Mazli bin Haji Mustaffa, Pegawai Unit Sukan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL).

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

LIGA BOLA SEPAK JUNIOR PENGARAH JBSS TURUT HADIR MERIAHKAN