SABAK BERNAM, 5 FEBRUARI 2020 – Pasukan Task Force Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (TKWAPEB) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah mengadakan lawatan turun padang ke peminjam-peminjam Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (TKWAPEB)di daerah Sabak Bernam. Tujuan utama lawatan dibuat adalah untuk mengenal pasti peminjam-peminjam Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (TKWAPEB)di daerah Sabak Bernam serta mendapatkan maklumat terkini peminjam untuk di kemaskini diperingkat jabatan.

Lawatan turun padang ini melibatkan Encik Sazali bin Abdul Samad, Puan Norsuzila Erni binti Zinudin serta Cik roslina binti Kamanadzha dari Pasukan Team Force Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Turut hadir sama Puan Rozanah binti Adnan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan daerah Sabak Bernam. 

Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam