KUALA KUBU BHARU, 17 MAC 2020 -  Satu lawatan tapak dan perbincangan telah diadakan pada 14 Mac 2020 (Sabtu) yang lalu di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungai Dusun, Kuala Kubu Bharu untuk Program Rakan Muda GR yang akan diadakan pada bulan Ogos 2020. Lawatan tapak dan perbincangan ini diadakan bertujuan untuk melihat kemudahan fasiliti yang terdapat di Pusat Konservasi tersebut yang bersesuaian dengan program. Seramai 40 orang peserta akan menyertai program ini.

Pusat ini menempatkan 18 ekor tapir yang perlu dirawat, baru dilahirkan serta yang cedera dilanggar kenderaan. Perbincangan dan penjelasan mengenai keseluruhan operasi pentadbiran pusat konservasi tersebut disampaikan oleh Pengawai PKHL Sungai Dusun, Encik Enos . Dua Pegawai PBSD Hulu Selangor iaitu Encik Mohd Ayob bin Rahmat dan Encik Ahmad Faudzan Adziman bin Hassan hadir untuk lawatan tapak dan perbincangan.

Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor

Disunting oleh : Umi Amira binti Amiruddin, PBSD Hulu Selangor

LAWATAN TAPAK UNTUK RAKAN MUDA GR DA