CYBERJAYA, 04 FEBRUARI 2020 – Jawatankuasa Program Selangor “World Thinking Day (WTD) Run 2020” yang akan dianjurkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor dengan Kerjasama JPP Zon Cyberjaya telah mengadakan lawatan tapak sekitar Taman Tasik Cyberjaya bagi memastikan laluan dan kerjasama antara agensi berkaitan dapat berjalan dengan lancar. Program ‘World Thinking Day (WTD) Run 2020’ yang akan diadakan di Cyberjaya pada 22 Februari ini akan menawarkan larian sejauh lebih kurang 5 kilometer dan 3 kilometer dan pelbagai hadiah yang menarik. Program ini melibatkan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Seluruh Selangor sahaja dan terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori rendah dan menengah. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Ahmad Fahmi Bin Abd Aziz hadir ke lawatan tapak tersebut.

Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sepang

SEPANG 1.2