YB Exco 3

SHAH ALAM, 13 MAC 2019
– Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor buat julung kalinya menerima kunjungan daripada YB Tuan Mohd Khairuddin bin Othman, Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan ke Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor. Kehadiran YB Tuan Mohd Khairuddin bin Othman telah disambut oleh YBrs. Encik Sabran bin Abd Bahar (Pengarah JBS Negeri Selangor), Encik Mu’azamir bin Jili (Timbalan Pengarah Belia), Puan Musyrifah binti Elias (Timbalan Pengarah Sukan), Encik Sazali bin Samad (Wakil Timbalan Pengarah Rakan Muda) serta pegawai dan kakitangan Jabatan ini. YB telah meluangkan masa hampir dua (2) jam di Jabatan ini bagi mempengerusikan Mesyuarat Keputusan Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Selangor dan juga mendengar Sesi Pembentangan Takwim Program-Program Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bagi tahun 2019.

Beliau juga turut meluangkan masa untuk beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan Jabatan ini. Semoga dengan kehadiran beliau ke Jabatan ini dapat mengukuhkan lagi jalinan kerjasama di antara Kerajaan Negeri Selangor bersama Jabatan di masa-masa akan datang.

Disediakan oleh: Norsuzila Ernie binti Zinudin, Bahagian Pembangunan Belia