KLANG 19 FEBRUARI 2020 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Klang menerima kunjungan hormat daripada Presiden Majlis Kelab Belia Bell Tamil Malaysia (MKBBTM) Encik Gobi Kumaran serta Pengerusi MKBBT Daerah Klang Encik Ganesh semalam.

Antara perkara yang dibincangkan ialah kerjasama dan peranan yang boleh di laksanakan di peringkat daerah khususnya dalam pembangunan usahawan belia. Selain itu, turut dibincangkan bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, Encik Azrul Hafiz bin Mohamad, penglibatan MKBBTM dalam menjayakan program-program belia yang akan dijalankan di Daerah Klang.

Disediakan oleh : Mohd Safree bin Maarof, PBSD Klang

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS KELAB BELIA BELL TAMIL MALAYSIA KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KLANG