SHAH ALAM, 2 Julai 2018 -Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) yang diwakili oleh Encik Mohd Hafez bin Shuriddin selaku Presiden MBS, Encik Mohd Sherhan Nizam bin Abdul Aziz Setiausaha Agong MBS dan Cik Nor Zakiah binti Azmi Naib Presiden MBS. Pertemuan ini adalah diantara barisan kepimpinan MBS bersama Pengarah JBS Selangor yang baharu iaitu Encik Sabran bin Abd Bahar adalah bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan silaturahim diantara JBS dan MBS serta membincangkan tentang jalinan kerjasama yang boleh dijalankan kelak.

Disediakan oleh : Eme Julianna binti Zainal, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Selangor.