SUNGAI BESAR, 16 MAC 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam telah menerima kunjung hormat dari Mr. Paul, Kelab Taekwando Sabak Bernam. Beliau hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam adalah untuk berjumpa dengan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam yang baharu. Selain itu beliau juga menerangkan serba sedikit mengenai hala tuju dan objektif Kelab Taekwando Daerah Sabak Bernam.

Turut serta dalam perjumpaan ini adalah Puan Madekhah binti Mohamad Zam, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam.

Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam

KUNJUNG HORMAT KELAB TAEKWONDO