KUANG, 26 FEBRUARI 2020 – Kelab Belia Kampung Setia (KBKS) telah bersama-sama dengan Persatuan Komuniti Amar Makruf Nahi Mungkar Mukim Kuang serta beberapa Kariah Masjid-masjid sekitar Kuang dan MPKK sekitar kawasan Kuang menjayakan Program Amal Gotong Royong Perdana Tanah Perkuburan Islam Batu 20 Kuang pada 23 Februari 2020 yang lalu.

Dengan sambutan yang luar biasa ramainya sukarelawan bagi aktiviti kemasyarakatan kali ini, ianya memberi tanda di mana para peserta dahagakan program-program berbentuk kemasyarakatan di komuniti. Ianya juga memberikan KBKS semangat untuk menjadikan ianya sebagai program tahunan.

Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak

KBKS GOTONG ROYONG