SEPANG, 26 FEBRUARI 2020 ­- Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Umi Hani binti Abu Kassim hadir ke Majlis Perasmian Penutup Klinik Pembangunan Sukan Teqball Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi di sini pada 24 Februari 2020 yang lalu.

Sukan teqball merupakan salah satu sukan baru yang diperkenalkan di Malaysia dan sedang pesat berkembang di dunia. Sukan ini kini telah dimainkan di 65 buah negara termasuk Malaysia. Ianya merupakan satu sukan yang berasaskan bola sepak yang unik tetapi menggunakan peralatan yang ringkas berbanding sukan bola sepak biasa.

Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran bin Abd. Bahar.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN TEQBALL PBSDHL HADIR PERASMIAN PENUTUP