AMPANG JAYA, 18 FEBRUARI 2020 ­- Unit Komunikasi Korporat (UKK) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) telah mengadakan Management Games pada 15 Februari 2020 (Sabtu) bagi menceriakan penghuni Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu bersempena Program Khidmat Komuniti Rakan Muda Peringkat Negeri Selangor 2020 di sini.

Dalam aktiviti yang diadakan ini, UKK JBSS yang diketuai oleh Cik Nur Hidayah binti Mohd Yusoff dan Encik Mogana Sundram a/l Nalinggam telah mengadakan sesi ini bagi menghiburkan dan menaikkan moral berpasukan dikalangan penghuni di sini. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang sesi ini ialah sungai beracun, tirai ajaib dan radio rosak.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

KHIDMAT KOMUNITI RM SELANGOR UKK JBSS ADAKAN MANAGEMENT GAMES