AMPANG JAYA, 18 FEBRUARI 2020 ­- Program Khidmat Komuniti Rakan Muda Peringkat Negeri Selangor pada 15 Februari 2020 (Sabtu) bersama Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu telah menutupkan tirainya di sini.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Persatuan Belia Bandar Ampang Jaya (PBBAJ) ini telah berjaya mengumpulkan sumbangan dari pelbagai agensi, pertubuhan dan individu. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Puan Noor Azreen binti Sulaiman, Wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan Keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (KKK JBSS).

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

KHIDMAT KOMUNITI RM SELANGOR TERIMA KASIH SEMUA