AMPANG JAYA, 18 FEBRUARI 2020 ­- Ironman, Superman, Spiderman dan Star Lord telah hadir menceriakan penghuni Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu pada 15 Februari 2020 (Sabtu) bersempena Program Khidmat Komuniti Rakan Muda Peringkat Negeri Selangor 2020 di sini.

Kehadiran watak-watak superhero ini telah membuatkan penghuni di sini teruja dan tidak melepaskan peluang mengenali watak-watak ini dengan lebih dekat. Idea superhero ini telah diberikan oleh seorang ahli Persatuan Belia Bandar Ampang Jaya (PBBJ), Encik Faez bin Abdul Aziz yang merupakan penggerak kepada watak-watak cosplay superhero ini di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

KHIDMAT KOMUNITI RM SELANGOR SUPERHERO CERIAKAN PENGHUNI