AMPANG JAYA, 18 FEBRUARI 2020 ­- Pertandingan Mewarna telah diadakan pada 15 Februari 2020 (Sabtu) bersempena Program Khidmat Komuniti Rakan Muda Peringkat Negeri Selangor bersama Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu di sini.

Seramai 8 orang peserta telah mengambil bahagian melibatkan peserta berumur 5 hingga 9 tahun yang merupakan penghuni rumah berkenaan. Pertandingan ini telah diselaraskan oleh Puan Hartyny Saha binti Haji Mohd Sanusi, Pegawai Unit Belia, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) dan Puan Zalifah binti Mohd Hosnis.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

KHIDMAT KOMUNITI RM SELANGOR PERTANDINGAN MEWARNA CUNGKIL BAKAT PENGHUNI