AMPANG JAYA, 18 FEBRUARI 2020 ­- Encik Sazali bin Abdul Samad, Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) menyantuni penghuni Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu di sini.

Beliau tidak kekok untuk bersama-sama penghuni di sini dan tidak keberatan menyelami bakat mereka dalam pertandingan mewarna yang diadakan pada 15 Februari 2020 (Sabtu) bersempena Program Khidmat Komuniti Rakan Muda Peringkat Negeri Selangor 2020 bersama Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu di sini. Seramai 8 orang peserta telah mengambil bahagian melibatkan peserta berumur 5 hingga 9 tahun yang merupakan penghuni rumah berkenaan.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

KHIDMAT KOMUNITI RM SELANGOR PEGAWAI RM SELANGOR SANTUNI PENGHUNI