AMPANG JAYA, 18 FEBRUARI 2020 ­- Program Khidmat Komuniti Rakan Muda Peringkat Negeri Selangor pada 15 Februari 2020 (Sabtu) bersama Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu di sini telah dimulakan dengan aktiviti kecergasan bersama instruktur kecergasan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) yang diketuai oleh Puan Marshamira binti Ahmad dan Cik Nor Kasmawati binti Wan Mohd Nawi.

Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan setiap penghuni di sini sentiasa aktif dan cergas serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Aktiviti ini telah memberikan keseronokan dan menceriakan penghuni di sini yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

KHIDMAT KOMUNITI RM SELANGOR JOM AKTIF CERGAS