AMPANG JAYA, 18 FEBRUARI 2020 ­- Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) telah turun padang pada 15 Februari 2020 (Sabtu) bersama-sama menyantuni penghuni Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu bersempena Program Khidmat Komuniti Rakan Muda Peringkat Negeri Selangor 2020 di sini.

Dalam aktiviti yang diadakan ini, AKRAS JBSS yang diketuai oleh Encik Ibrahim bin Bujang telah mengadakan sesi Psychology Games bagi mencungkil potensi dan kebolehan penghuni di sini. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang sesi adalah Mind, Art dan Play Theraphy.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

KHIDMAT KOMUNITI RM SELANGOR AKRAB JBSS TURUN PADANG