HULU LANGAT, 22 Jun 2018 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat telah mengadakan lawatan ke setiap gelanggang sukan khususnya gelanggang di bawah seliaan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat di sekitar daerah.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Encik Halman bin Salleh, beliau merasakan perlu bagi setiap gelanggang dan kemudahan sukan diselenggara dengan baik bagi memastikan ianya dapat digunakan oleh masyarakat khususnya generasi muda di daerah ini.

Beliau juga menambah, kemudahan yang disediakan ini juga memberikan cerminan kepada negara yang ingin menjadikan gaya hidup sihat dikalangan masyarakat dapat dicapai menerusi kemudahan yang disediakan kerajaan. Masyarakat juga seharusnya bersama-sama menjaga kemudahan yang disediakan ini agar dapat memberi manfaat kepada semua.

Lawatan ini juga turut disertai oleh penyelia gelanggang sukan yang terdiri daripada pertubuhan masyarakat, kelab sukan dan pemimpin masyarakat setempat.

Laporan disediakan : Mohd Norshariman bin Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat