SG LEPOH, 7 JUN 2022 - Program Kembara Kelab Belia Kampung Setia (KBKS) telah disertai  seramai 25 peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda kategori Gangsa & Perak serta 3 orang pemimpin Anugerah Remaja Perdana terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi KBKS telah berjaya menghabiskan komponen penjelajahan lasak yang terkandung dalam aspek penilaian di dalam Komponen ARP.

Pengisian program diteruskan dengan memasang khemah sendiri dibawah subtajuk kraf perkhemahan oleh peserta-peserta perkhemahan, pembahagian kumpulan dan perlantikkan penghulu serta penghuluwati daripada para peserta program. Program diteruskan lagi dengan aktiviti meredah hutan (jungle tracking) selama satu jam untuk menuju ke air terjun sambil peserta menghargai keindahan alam, serta mengenali tumbuhan yang hidup di dalam hutan.

Disebelah petang pula, aktiviti High Rope dan taklimat pengendalianya diteruskan oleh para peserta perkhemahan. Aktiviti malam diteruskan pula dengan sesi perkongsian daripada Khushairi Aizad Jamalludin wakil daripada MAYC Selayang tentang pengurusan NGO Sukan.

“Ucapan khususnya kepada Abg Wan Batik dan teams yang sudi bersama-sama KBKS selama tempoh perkhemahan ini berlangsung, banyak berkongsi idea, ilmu, tenaga dan masa untuk KBKS. Terima kasih juga kepada wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak iaitu Encik Mohd Syazwan bin Abdul Rahman kerana hadir untuk melihat perjalanan program dan berkongsi sedikit kata-kata semangat kepada semua peserta” Amirul Amin, Pengerusi Kelab Belia Kg Setia Kuang.

Disediakan oleh: Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak