BANDAR BARU SELAYANG, 8 JUN 2022 - Pada 4-5 jun 2022 telah berlangsungnya Program Kembara Kelab Belia Kampung Setia bertempat di Kem Sungai Lopo,Hulu Langat. Program ini dianjurkan oleh Kelab Belia Kampung Setia bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak, dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Integrasi Mega (KERISMA), Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Selayang dan juga Malaysia Relief Agency (MRA Selangor). Aktiviti dan pengisian di dalam program kali ini melibatkan 2 orang jurulatih yang bertauliah daripada  Kelab Sukan Rekreasi Integrasi Mega (KERISMA).

“Tujuan program Kembara KBKS ini dilaksanakan adalah untuk membantu para belia daripada Kelab Belia Kampung Setia melengkapkan komponen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kerana sebahagian besar mereka merupakan peserta ARPRM di bawah badan operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak. Disamping itu juga, objektif program ini adalah untuk melatih para belia di luar sana menjadi seorang yang lebih proaktif dan kuat bukan sahaja dalam segi fizikal malah juga dalam segi mental” ujar Saudara Zulkhairi bin Zainal Hisham, Pemimpin ARPRM Daerah Gombak.

“Dengan adanya program seperti ini, peserta dapat memperolehi banyak ilmu yang tidak semua masyarakat dapat perolehi antaranya adalah mengetahui waktu solat ketika berada di hutan, cara bermain aktiviti tali tinggi dengan betul dan juga cara cara untuk melengkapi komponen komponen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Diharapkan segala kenangan,perkongsian atau ilmu yang diperolehi dalam Program kembara ini dapat memupuk para belia ini menjadi seorang yang lebih berjaya dan ilmu yang diperolehi itu dapat dipraktikan pada masa yang akan datang Inshaallah,” perkongsian daripada Saudara Zulkhairi bin Zainal Hisham, Pemimpin ARPRM Daerah Gombak.

Terima kasih pihak pejabat belia ucapkan kepada Saudara Saudara Zulkhairi bin Zainal Hisham, Pemimpin ARPRM Daerah Gombak sudi meluangkan masa untuk hadir dan berkongsikan sedikit pengalaman saudara di dalam program kembara kali ini.

Disediakan oleh: Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak