SEPANG, 03 FEBRUARI 2016
– Bertempat di padang Kolej Mara Banting, Bukit Changgang minggu lalu telah berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Gabungan Belia Orang Asli Selangor (G-BOAS).  Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Orang Asli Sepang dengan kerjasama Kolej Mara Banting.  Kejohanan ini terbuka penyertaan kepada 32 pasukan.

 

Kejohanan ini dijalankan dengan matlamat ingin memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat dikalangan peserta disamping mengeratkan hubungan di antara belia-belia orang asli di negeri Selangor. Majlis penutup dan penyampaian hadiah  telah disampaikan oleh Yang Berhormat Encik Shahrum Bin Dato’ Hj. Sharif, Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil.

 

Disediakan Oleh: Nurshafira Binti Hamzah (PBSD Sepang)