SHAH ALAM,  3 Julai 2018 - Terima kasih di atas sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan oleh Encik Mohd Zaaba bin Ponrohono, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S29) selaku Pegawai Cawangan Perhubungan Komuniti di Bahagian Pembangunan Rakan Muda selama 9 tahun.

Kini beliau telah ditukarkan ke Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor mulai 2 Julai 2018 (Isnin). Selamat maju jaya diucapkan dan semoga terus cemerlang di tempat baharu.

Laporan disediakan : Nurul Nadia binti Sallehuddin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda