DENGKIL, 18 FEBRUARI 2016
– Program Fun with English yang bertempat di SMK Dengkil telah berjaya dianjurkan oleh Kelab Beliawanis Sri Sepang dan Kelab Rakan Siswa kolej Keris Mas, UKM dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Dengkil.

 

Program motivasi berkonsepkan pembelajaran secara “simple & fun” ini menarik minat peserta seramai 135 orang. Memandangkan pada masa kini, Bahasa Inggeris adalah bahasa yang di iktiraf sebagai bahasa pengantara antarabangsa, pihak penganjur mengambil inisiatif untuk menganjurkan program berkaitan penguasaan bahasa Inggeris.  Ini menunjukkan bahasa inggeris adalah bahasa yang amat penting untuk di beri penekanan dan dititik beratkan.

 

Puan Hjh Jamilah binti Rahim selaku pengetua SMK Dengkil merangkap perasmi program amat berbesar hati kerana program seperti ini di adakan. Menurut beliau, “bahasa merupakan satu platform yang sangat penting untuk setiap satu urusan, maka pelajar perlu lebih fokus untuk menguasai bahasa lebih-lebih lagi bahasa inggeris”, Katanya.

 

Peserta turut memberi  komen positif atas program yang telah di anjurkan kerana memberi peluang mereka mengetahui cara mempelajari bahasa inggeris dengn mudah. Mereka juga berharap program seperti ini akan di adakan lagi pada masa akan datang.

 

Disediakan Oleh: Nurshafira Binti Hamzah (PBSD Sepang)