SRI GOMBAK, 16 MAC 2020 – Fit Komuniti Gombak kali dilaksanakan dengan tema Hari Wanita Peringkat Antarabangsa. Pada 6 Mac 2020 bermula pada jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Peserta begitu bersemangat dengan kehadiran lima orang instruktur ONFC.

Diketuai oleh Presiden ONFC, dengan Warm-Up, diikuti oleh AERODANCE MTV Vision dan juga Zumba peserta yang hadir  bersemangat memulakan fit komuniti kali ini. Bagi anda yang berminat menyertai, boleh hadir dan turut serta dalam program ini yang akan didadakan di Taman Tasik Seri Gombak pada setiap Sabtu dan Ahad.

Segala maklumat lanjut boleh didapatkan melalui media sosial Facebook One Nation Fitness Club dan juga Pages Facebook Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak

Disediakan oleh : Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak

FIT KOMUNITI GOMBAK SEMPENA HARI WANITA