SRI GOMBAK, 1 MAC 2020 – Fit Komuniti Gombak kali ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi dengan bayaran Walk In RM 5 anda boleh bersama-sama Aerodance dengan diketuai oleh 3 Jurulatih berpengalaman ONFC.

Diketuai oleh Coach Rodzy Zainal dimulakan dengan Warm-Up, pengisian pada hari ini, para peserta didedahkan dengan TABATA,  peserta yang  hadir  bersemangat memulakan fit komunitikali ini. Bagi anda yang berminat menyertai, boleh hadir dan turut serta dalam program ini yang akan didadakan di Taman Tasik Seri Gombak pada setiap Sabtu dan Ahad.

Segala maklumat lanjut boleh didapatkan melalui media sosial Facebook One Nation Fitness Club dan juga Pages Facebook Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak

Disediakan oleh : Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak