SEMENYIH, 16 MAC 2020 ­- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) telah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Hutan Daerah Hulu Langat dan Pejabat Renjer Hutan Lipur Sungai Tekala di atas kerjasama dan komitmen di dalam menjayakan sharing session kepada peserta “Eksplorasi Sungai Tekala” di sini pada 9 Mac 2020 yang lalu.

Seramai 5 orang renjer hutan telah ditugaskan bagi membantu melicinkan pergerakan peserta ke setiap checkpoint yang disediakan. Di setiap checkpoint, renjer hutan telah menerangkan keistimewaan hutan berkenaan dan memperkenalkan beberapa hidupan hutan yang unik untuk pengetahuan peserta. Terima kasih renjer.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

EKSPLORASI SUKAN TEKALA TERIMA KASIH RENJER HUTA