SEMENYIH, 16 MAC 2020 ­- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat dan Persatuan Belia Masjid Selangor telah melaksanakan “Eksplorasi Sungai Tekala” bersempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Selangor 2020 di sini pada 8 Mac 2020 yang lalu.

Program ini bertujuan untuk memartabatkan kaum wanita di Malaysia khususnya di Negeri Selangor ini dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif serta melakukan aktiviti pemuliharaan di Hutan Simpan Sungai Tekala.

Program ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran bin Abd. Bahar dan diiringi oleh Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

EKSPLORASI SUKAN TEKALA SELAMAT HARI WANITA 2020