SEMENYIH, 16 MAC 2020 ­- Sebuah organisasi sukarelawan, Laporpo Adventure telah membantu menyediakan minum pagi kepada peserta program “Eksplorasi Sungai Tekala” pada 9 Mac 2020 yang lalu setelah selesai aktiviti pemuliharaan Hutan Lipur Sungai Tekala.

Laporpo Adventure yang terdiri daripada 5 orang adik-beradik ini sememangnya aktif dalam menjalankan aktiviti seperti ini di beberapa lokasi seperti di Bukit Broga, Gunung Nuang dan Gunung Kinabalu. Salah seorang ahlinya, Cik Fauzan binti Bakri merupakan Setiausaha Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat (MBSDHL).

Semoga organisasi ini dapat meneruskan usaha murni ini seterusnya mengangkat nilai-nilai kesukarelaan kepada generasi muda di daerah ini.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

EKSPLORASI SUKAN TEKALA LAPORPO ADVENTURE BA