SEMENYIH, 16 MAC 2020 ­- Kelab Kebajikan Keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (KKKJBSS) tidak melepaskan peluang menjayakan “Eksplorasi Sungai Tekala” bersempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Selangor 2020 di sini pada 9 Mac 2020 yang lalu.

Penyertaan menerusi Ahli Jawatankuasa KKKJBSS ini merupakan salah satu aktiviti yang akan menyemarakkan lagi aktiviti kelab dan seterusnya menjadi pemangkin untuk lebih giat menjalankan aktiviti luar. Pembabitan seperti ini seharusnya membuka mata kepada ahli-ahli KKKJBSS yang lain untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengurangkan beban tekanan kerja seharian.

Terima kasih atas penyertaan, komitmen dan kerjasama sepanjang program diadakan.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

EKSPLORASI SUKAN TEKALA KKKJBSS TURUT SERTA JAYAKAN PROGRAM