CYBERJAYA, 26 FEBRUARI 2020 – Telah berlangsung Selangor World Thinking Day (WTD) Run 2020 anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor yang diadakan pada 23 Februari 2020 (Ahad) yang lalu bertempat di Taman Tasik Cyberjaya. Program yang mengumpulkan seramai lebih 3,000 ahli pandu puteri seluruh Negeri Selangor ini turut disertai oleh Yang Amat Mulia Tengku Puan Indera Setia Selangor, Tunku Irinah Binti Almarhum Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor. Program ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. “Tahun 2020 adalah tahun yang unik kerana tahun ini adalah Tahun Melawat Sepang dan seharusnya kita memperbanyakkan aktiviti dan promosi di sekitar Sepang”.

Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang

DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR MERASMIKAN