PUTRAJAYA, 20 FEBRUARI 2020 ­- Majlis Pelancaran Bulan Anti Dadah Kebangsaan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Dewan De‚ÄôSeri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya di sini baru-baru ini.

Majlis pelancaran ini adalah bertujuan bagi memperbaharui komitmen rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama-sama Kerajaan dalam usaha memerangi masalah dadah secara holistik. Pada majlis ini, Yang Amat Berbahagia Tun Siti Hasmah bin Haji Mohd Ali telah dianugerahkan Tokoh Khas Anti Dadah buat julung kalinya.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran bin Abd. Bahar dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Umi Hani binti Abu Kassim turut hadir memeriahkan majlis pelancaran berkenaan.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

BULAN ANTI DADAH KEBANGSAN PBSDHL HADIR BERI KOMITMEN BANTERAS DADAH