KLANG, 7 JULAI 2020 - Bahagian Pembangunan  Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Selangor telah mengadakan taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang pada 5 Februari 2020 (Rabu) jam 3.30 petang.

Encik Sazali bin Abdul Samad, Pegawai Cawangan Pembangunan Potensi Remaja telah hadir menyampaikan taklimat ARPRM kepada 120 orang pelajar kolej tersebut. Turut hadir sama ke sesi taklimat tersebut adalah Encik Azlan bin Sap, Pegawai Cawangan Kesukarelawanan dan Komuniti.

Menurut Encik Sazali “ARPRM merupakan salah satu platform kepada pelajar-pelajar dan memebri peluang kepada mereka untuk melaksanakan program-program kemasyarakatan dan kesukarelawanan”.

Disediakan oleh : Nurr Mariana binti Amir Hamzah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

RM 1.7